Salam 1 Malaysia.
Adalah dimakumkan semua Sistem ePenempatan yang ada di sekolah tuan / puan hendaklah dihapuskan / dinyahaktifkan. Ini bagi mengelakkan ralat data dan kekeliruan data di semua peringkat. Sistem berkenaan hendaklah dihapuskan / dinyahaktifkan serta merta. Sistem berkenaan hanya berfungsi untuk permohonan awal sahaja. Bagi sekolah yang menghadapi masalah keciciran maklumat semasa permohonan awal dahulu, iaitu selepas Mesyuarat Verifikasi dahulu, sila
kemaskini maklumat Murid Cicir berkenaan melalui link berikut :
Manakala bagi sekolah yang menerima kemasukan Murid Baru Tahun 6, sila kemaskini maklumat Murid Baru berkenaan untuk tujuan permohonan kemasukan SMK 2013 melalui link yang sama sepertimana berikut :
Diingatkan kepada semua Penyelaras atau sesiapa sahaja yang memasukkan / mengemaskini data berkenaan, sila pastikan anda memasukkan maklumat dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses dilaksanakan. ELAKKAN kemasukan data berulang kerana ia akan mengelirukan admin semasa menyemak dan memproses data sekolah anda. Setiap permohonan yang berjaya dikemaskini akan diemailkan secara automatik ke email sekolah sebagai salinan / bukti penghantaran maklumat.
Sehubungan dengan ini, arahan awal yang meminta pihak sekolah melaporkan Senarai Murid Cicir / Murid Baru secara email atau attachment dalam bentuk excel TERBATAL. Semua permohonan MESTI MENGGUNAKAN link di atas. Sebarang permohonan yang tidak menggunakan link di atas TIDAK AKAN DIPROSES SAMA SEKALI.
Harap maklum dan terima kasih.
Ushafidz3249@gmail.com